Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah dibina pada tahun 1951 secara gotong – royong oleh penduduk kampung yang bertempat di tapak Balai Raya Kampong Tengah. Ketika itu, ia hanya menempatkan murid-murid yang belajar di dalam darjah satu hingga tiga sahaja kerana kekurangan bilik darjah dan juga tenaga pengajar. Murid-murid yang belajar di dalam darjah empat, lima, enam dan tujuh bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala yang jauhnya lebih kurang tiga batu.
Pada tahun 1959, Sekolah Kebangsaan Kamponng Tengah telah dibina di atas tapak baru yang jauhnya lebih kurang ¼ batu dari tapak yang asal. Pembinaannya telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Ianya meliputi sebuah bangunan satu tingkat dan mempunyai enam buah bilik darjah. Pada ketika tu, anggaran murid adalah lebih kurang 150 orang. Lokasi sebenarnya ialah di Batu 29 Kampong tengah dan keluasan tapaknya alah dalam lingkungan satu ekar setengah.
Pada tahun 1982, sebuah lagi bangunan tambahan dibina memandangkan pertambahan bilangan murid yang semakin ramai. Bangunan tambahan itu merupakan bangunan dua tingkat yang mempunyai sembilan buah bilik dan pada masa sekarang digunakan sebagai bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik guru besar, bilik GPK, pusat sumber, perpustakaan, bilik sains, bilik cetak dan kedai sekolah. Pada ketika ini pertambahan murd telah mencapai 252 orang. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yanng Berbahagia Datuk Haji Abdul Rahman Bin Haji Arshad DKSJ, BSK, JSM Timbalan Pengarah Pelajaran 1 pada 3 haribulan Mac 1982.
Pencapaian murid-murid sekolah ini dalam bidang akademik semakin menggalakkan dari setahun ke setahun. Begitu juga pencapaian dalam bidang kokurikulum. Walaupun tiada padang yang sempurna, namun penyertaan murid dalam bidang ini tidak menghampakan, malahan sekolah ini pernah menyandang gelaran “JOHAN” peringkat negeri dalam sukan sekap takraw.
Dalam usia Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah yang hampir mencapai setengah abad ini, ia telah diterajui oleh ramai pemimpin. Diantara guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah Cikgu Haji Hashim b. Abdul Jalil, Ckgu Haji Muhamad b. Md. Noor, Cikgu Haji Abdidin b. Awaluddin, Cikgu Harun b. Abdul, Cikgu Haji Abdullah b. Ahmad, Cikgu Abdullah b. Awang, Cikgu Muhamad b. Shikin, Cikgu Bahari b. Hassan, Cikgu Isa b. Muhamad, Cikgu Haji Abdul Jabar b. Datuk Tamby Chik, Ckgu Datin Zunaidah bt. Md. Jani, Cikgu Yusof b. Ahmad, Cikgu Ab. Rahman b. Bahrom, Cikgu Hajjah Kahdijah bt. Maarop, Cikgu Othman b. Ahmad, Cikgu Jamaliah bt. Abu dan yang sedang berkhidmat pada masa ini ialah Cikgu Hjh. Mariam bt. Md. Deris.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya membantu pihak sekolah dalam usaha melahirkan anak-anak didik yang cemerlang. Sumbangan PIBG bukan sahaja berupa wang ringgt, malahan meliputi tenaga dan buah fikiran terutamanya dalam persediaan murid-murid tahun enam menghadapi UPSR.
Begitulah gabungan seluruh warga sekolah ini dan juga seluruh warga masyarakat Kampong Tengah dalam usaha melahrkan anak-anak didik yang berkualiti. Semoga segala penat lelah dan komitmen daripada semua pihak akan melahirkan anak didik yang unggul demi merealisasikan wawasan negara.