PANDUAN


UNTUK SEPANJANG TAHUN
  • Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau
  • Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya sunat tahajjud dan witir di waktu malam,  juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib dan lain-lain
  • Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya
  • Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas ugama dan sebagainya
  • Puasa sunat pada hari-hari  isnin dan khamis
  • Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
  • Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
  • Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan Ramadhan
  • Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan keji
  • Menziarahi saudara/sahabat yang sakit
  • Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan menghantarnya ke kubur
  • Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang alim dan tuan-tuan guru 
***************************************************************************

10 Laluan Untuk Manusia

 10 laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat,
 bagaimana memudahkannya?

 LALUAN MENUJU KE KUBUR
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
 b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
 c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak
 d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)

 LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Bersihkan diri dengan bertaubat
 b. Gembirakan hati orang Mu'min
 c. Bayar semula kadha' yang tertinggal
 d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
  
 LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Mengucap dua kalimah syahadat
 b. Suka memberi sedekah
 c. Berkata benar
 d. Bersihkan dan perbaiki hati

 LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
 b. Sucikan perkataan dan pakaian
 c.. Bersyukur dengan yang sedikit
 d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

 LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
 b. Pendekkan cita-cita dunia
 c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH
 d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
 b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
 c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
 d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

 LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Banyakkan membaca al-Quran
 b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
 c. Tinggalkan perkara yang maksiat
 d. Jauhkan segala yang haram

 LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang       boleh
 b. Kasihi orang yang soleh
 c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
 d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

 LALUAN  BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Kasihilah NAbi ALLAH
 b. KAsihilah Rasulluah
 c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
 d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

 LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
 b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
 c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
 d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

***************************************************************************


10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud:
“10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

9. Orang yang suka makan riba.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah SWT dan jauh dari Allah SWT.” 


*******************************************************************




AKHLAK MUSLIM

"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda  menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah)
Perintah yang terkandung dalam hadis di atas :

1) Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan
Untuk mencapai darjat para muttakim, siddiqin, a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, .pendengaran, penglihatan dan tindakan.Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.

2 Relakan kurniaan dari Allah
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya di dunia.

3. Hubungan baik dengan jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.

4. Cintakan orang lain
Islam adalah agama kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.

5. Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak ketawa didunia dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia dia akan ketawa di akhirat.